1. Nak perhatian lelaki lebih kepadanya, berbanding lelaki yang tidak
suka dipujuk. So, sekiranya ada di kalangan anda yang mempunyai kekasih
yang kuat merajuk artikel ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu
anda.
2. Kuat cemburu, yup.. perempuan ini cemburunya kuat (pembaca
perempuan jangan nafikan, hehe), itu lumrah.Saya juga begitu. Mereka cemburu sekiranya
anda memberi perhatian kepada orang lain. Jika dia sedang bercakap, anda
kena tumpu perhatian. Pernah dengar ayat nie: “Awak dengar tak ape saya
cakap nie, ish awak nie..”, maka bermulalah episode ke berapa entah
merajuknya. Dalam filem banyak pakai dialog nih.. hehehe! Bukan itu
sahaja, kadang-kadang cemburu yang kuat walaupun terhadap kawan-kawan
mahupun keluarga anda sendiri.
3. Tidak dapat apa yang dia mahu.. ini sifat yang anda sebagai lelaki
bukan sahaja kena pujuk, kena nasihat. Pujuk bukan beerti turut.
Biasalah, perempuan ada 9 nafsu 1 akal berbanding lelaki yang 9 akal 1
nafsu. Nafsu mereka lebih untuk memiliki itu ini, so lelaki kena
bijaksana untuk tangani. Sesungguhnya akal itu sentiasa mengatasi nafsu.
Motivasi sikit. Hehe
4. Marah dengan orang lain.. pada waktu itu andalah tempat dia
meluahkan perasaan dan menjadi tempat mengadu. Kadang-kadang dia bukan
merajuk dengan anda seorang sahaja, merajuk kepada kawan-kawan
contohnya, atau kepada pensyarah universiti. Pada waktu itu jalankan
peranan anda untuk membentuk dia. Sebagai lelaki, anda perlu matang dan
bersikap memimpin.
Ok, itu antara beberapa clue yang popular kenapa perempuan ini merajuk, clue yang lain anda cari sendiri, hehe..
Sekiranya berlaku situasi seperti di atas, apakah cara nak pujuk perempuan atau bagaimana cara nak pujuk kekasih anda yang sedang merajuk itu? Ikuti tips ini..
1. Memberitahu perkara yang sebenar. Dengan erti kata yang lain,
jangan berdolak-dalik dan jangan sesekali berbohong. Perempuan akan
menerima sekiranya anda berlaku jujur kepadanya. Terus terang dengan dia
dan cuba fahamkan dia, insya-Allah si dia akan menerima. Selain dapat
mengeratkan semula perhubungan, kepercayaan dia kepada anda juga
bertambah, selepas ini jika situasi seperti di atas berulang, dia sudah
memahami.
2. Bertolak ansur dengannya dan memberi buah fikiran dan jalan
penyelesaian. Ini dapat menunjukkan kematangan anda. Perempuan suka
lelaki yang matang dan dapat membimbingnya. Cadangkan kepadanya beberapa
bentuk penyelesaian, pasti dia gembira dan rajuknya hilang. Jika
masalahnya besar, anda kecilkan, dan jangan pula anda tambahkan lagi
bebanan.
3. Berikan pujian. Pujian itu bukan sehingga memuja-muja. Bahkan
jangan terlebih memuji, kerana dikatakan pujian ‘terlebih sudah’
kadang-kala mematikan. Pernah dengar frasa: Puji 7 Nasihat 1. Ini
bermaksud sekiranya kekasih anda jenis yang susah mendengar cakap, anda
guna cara ini.. puji dia 7 kali, kemudian barulah nasihat. Tidak
bermakna kena sampai 7 kali, cukup sekadar pujian itu melebihi nasihat
yang diberi. Sebab jika nasihat sahaja, nanti dikatakan anda memberi
tazkirah pula.
4. Dendangkan lagu dan sajak kepadanya. Ada juga yang suka dipujuk
dengan lagu, tiba-tiba dia datang kepada anda lalu berkata “Awak,
nyanyikan saya lagu”, ha.. tandanya ada yang tak kena la tu.. dan dia
mahu anda menghiburkan hatinya. Tetapi jangan tunggu diminta, anda
sendiri dendangkan lagu kepadanya, ataupun sajak ‘hantam sajalah’ anda
yang terkadang kedengaran lawak di hatinya. Terubat segala rajuk di
jiwa.. haha, admin dah nak mula bersajak ~
Jadi bagaimana dengan cara-cara tersebut? Sekiranya anda belum
praktikkan, boleh cuba praktikkan. Tetapi jangan praktikkan di tempat
yang tak semestinya. Jangan sesekali biarkan rajuknya begitu sahaja..
bila dah menjadi pasangan kekasih atau suami isteri jalankan peranan
anda. Jika tidak, jangan berkasih.

i like it,,,
ReplyDeletehehe :D
ReplyDelete